Majlis menandatangani "Head of Agreement" Ambilalih Pengurusan Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) daripada Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS) oleh SEDCO telah diadakan pada 12 Mei 2022 di Hyatt Regency Kinabalu.
SAIP merupakan sebuah projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang diurus oleh SEDIA. Pada tahun 2021, Jabatan Ketua Menteri telah mengarahkan supaya Pengurusan SAIP diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Perindistrian (KPP) untuk diselaraskan di bawah agensi kementerian. KPP telah memilih SEDCO untuk ambilalih Pengurusan SAIP dengan tujuan untuk mengkomersialkan SAIP dan menjadikannya sebuah entiti yang mandiri.
Antara lain tujuan pemeteraian HOA ini adalah untuk menggariskan perancangan perlaksanaan pemindahan yang realistik untuk diterima pakai oleh SEDCO, SEDIA dan IDS melalui sebuah Jawatankuasa Bersama yang akan ditubuhkan sejurus selepas ini.
Dengan Ambilalih Pengurusan SAIP ini adalah diharapkan SAIP akan dapat dikomersialkan dan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan aliran pendapatan Negeri Sabah.