Program SEDCO Ramadan 1442H diteruskan dengan “Program Titipan Kasih” yang telah diadakan pada 30 April hingga 5 Mei 2021 di daerah Tenom. Sumbangan diagihkan kepada 22 surau, 18 masjid, 35 orang imam serta 46 pelajar tahfiz dan 5 guru dari Madrasah Ar Raudhah.
Penyampaian sumbangan pada 30 April 2021 telah disampaikan di Perkasa Hotel Tenom oleh YB Datuk Rubin Balang, Pengerusi diiringi bersama Pengurusan Perbadanan, YBhg Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO iaitu Encik Azrul Ahmad (Kewangan & Hal Ehwal Korporat SEDCO) dan Encik Suhaimi Untong (Perancangan dan Pembangunan). Menurut Datuk Pengerusi, sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka terutamanya dalam menjalankan aktiviti keagamaan dan mengimarahkan di masjid dan surau sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Agihan sumbangan dalam program tiitpan kasih ini diteruskan bermula pada 1 hingga 5 Mei 2021 oleh Pegawai Badan Islam Kumpulan SEDCO, Encik Ak Mohd Azreel Abdul Wahap bersama Pegawai Penyelaras Program Encik Muhammad Raffiee Muhammad Hussain dan Pegawai Perhubungan Pengerusi, Encik Riduan Rubin ke beberapa masjid dan surau di daerah Tenom. Dalam program berkenaan syarikat Kim Teck Cheong Consoldated Berhad turut menyumbang 20,000 roti bun kepada semua penerima sumbangan.