
Sesi Kerah Minda dihadiri oleh YBhg Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Pn Cabrini Chia, Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan (Pengerusi Bersama JAKEP), En Suhaimi Untong, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) SEDCO (Pengerusi Bersama JAKEP), En Yahyah Sidek, Pengurus Perniagaan Pembangunan Kumpulan SEDCO, En Salleh Obong, Penolong Pengurus Besar (PIP), Ko-Nelayan, dan ahli-ahli jawatankuasa dari kedua belah pihak.

Untuk makluman, penubuhan JAKEP merupakan salah satu usaha untuk meneroka potensi dan peluang industri perikanan yang meliputi aktiviti-aktiviti perikanan, huluan dan hiliran, pembangunan hartanah, eko-pelancongan atau apa-apa bidang pelaburan yang berpotensi untuk dikomersialkan secara bersama melalui mekanisme usahasama atau kerjasama di antara SEDCO dan Ko-Nelayan.