Program SEDCO Care

19/02/2023

PROGRAM SEDCO CARE KOTA KINABALU, 17 FEBRUARI – Program “SEDCO CARE” dihadiri oleh seluruh warga kerja SEDCO bersama Perunding Akademi PKNS, Tuan Shaik Wahid Shaik Ismail. Objektif program ialah: · Memperoleh maklumbalas bertulis daripada warga kerja berkenaan persepsi mereka terhadap organisasi, kesiagaan untuk memacu kecemerlangan, ruang pemerkasaan yang perlu diberikan perhatian oleh pengurusan dan aspirasi daripada warga kerja. · Memberikan pendedahan dan pemahaman kepada warga kerja berkenaan sikap serta nilai positif yang perlu dibudayakan bagi membantu pengurusan di dalam memperkasa kecemerlangan organisasi. · Mengukuhkan serta mengharmonikan hubungan sepasukan khususnya diantara pengurusan tertinggi organisasi dengan warga kerja. program ini juga memberi ruang kepada warga kerja SEDCO untuk mengutarakan pendapat mereka dalam hal-hal pekerjaan dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan produktiviti Perbadanan dan mewujudkan budaya kerja yang sihat. #berkhidmatdemikemajuan #SEDCO #kumpulanSEDCO