PROGRAM SEDCO CARE
KOTA KINABALU, 17 FEBRUARI – Program “SEDCO CARE” dihadiri oleh seluruh warga kerja SEDCO bersama Perunding Akademi PKNS, Tuan Shaik Wahid Shaik Ismail. Objektif program ialah:
· Memperoleh maklumbalas bertulis daripada warga kerja berkenaan persepsi mereka terhadap organisasi, kesiagaan untuk memacu kecemerlangan, ruang pemerkasaan yang perlu diberikan perhatian oleh pengurusan dan aspirasi daripada warga kerja.
· Memberikan pendedahan dan pemahaman kepada warga kerja berkenaan sikap serta nilai positif yang perlu dibudayakan bagi membantu pengurusan di dalam memperkasa kecemerlangan organisasi.
· Mengukuhkan serta mengharmonikan hubungan sepasukan khususnya diantara pengurusan tertinggi organisasi dengan warga kerja.
program ini juga memberi ruang kepada warga kerja SEDCO untuk mengutarakan pendapat mereka dalam hal-hal pekerjaan dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan produktiviti Perbadanan dan mewujudkan budaya kerja yang sihat.
#berkhidmatdemikemajuan #SEDCO #kumpulanSEDCO