Kota Kinabalu, 26 Mac 2025: SEDCO dan Subsidiari telah mengadakan kunjungan hormat ke atas dan menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM300,000.00 bagi tahun 2024 dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
Majlis penyerahan zakat ini adalah sebahagian daripada komitmen SEDCO dan anak-anak syarikatnya dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta membantu golongan yang memerlukan di Sabah.
Penyerahan zakat ini melibatkan sumbangan daripada:
1) SEDCO – RM200,000.00
2) Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. – RM30,000.00
3) Perkasa Realty Sdn. Bhd. – RM30,000.00
4) SEDCO Mining Sdn. Bhd. – RM20,000.00
5) IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd. – RM20,000.00
Majlis didahului dengan akad yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Azrul Haji Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, seterusnya penyampaian mock cheque oleh Pengerusi SEDCO, Yang Berhormat Datuk Rubin Balang dan penyampaian cenderamata daripada SEDCO kepada Yang Di-Pertua Negeri, iaitu daripada, Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Arsit Bin Sedi @Sidik, Timbalan Pengerusi SEDCO kepada Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd., Encik Afizal Bin Aldin, Pengurus Besar Perkasa Realty Sdn Bhd, Encik Mat Saidi Minting, Ketua Pegawai Eksekutif SEDCO Mining Sdn. Bhd., Encik Shamsul Bahri Bin Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd. dan Tuan Haji Tuah Bin Tahir.
Majlis ini mencerminkan peranan penting SEDCO dalam menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah, khususnya dalam aspek kebajikan dan keagamaan. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu memperkasakan institusi zakat serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan siaran media, YB Datuk Rubin Balang telah memaklumkan status projek SEDCO, Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat dalam perancangan dan siap pada tempoh masa yang telah ditetapkan.