25 Mac 2025 – Adalah satu inisiatif anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Cawangan Sabah yang bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan konsep Madani serta peranan AKM dalam pembangunan negara. SEDCO adalah merupakan agensi terawal yang telah membuka pintu kepada AKM bagi program seumpama ini.
Program dipecahkan kepada dua sesi penerangan seperti berikut:-
Sesi 1: Penerangan tentang isu-isu kenegaraan dan rukun Madani
• Puan Yusnilawati Abdul Asik, Penolong Pengarah AKM berkongsi isu-isu kenegaraan dan konsep Madani serta kepentingannya dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Sesi 2: Penerangan tentang Penubuhan AKM
• Datin Shonita binti Terang, Pengarah AKM menerangkan peranan dan fungsi AKM dalam memperkukuh semangat patriotik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuan Haji Azrul Haji Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO dan Puan Arnahal Yusof, Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran Kumpulan SEDCO.