12 – 13 Mac 2025
SEDCO amat prihatin terhadap penduduk yang terjejas akibat banjir di Tenom baru-baru ini. Bantuan dalam bentuk bakul kasih yang mengandungi makanan dan air minuman pastinya amat membantu mangsa yang sedang menghadapi kesulitan dan perlukan bantuan segera. Seramai 660 ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di beberapa daerah di Tenom telah menerima bantuan bakul kasih.
Kehadiran YB Riduan Rubin bersama wakil Pengurusan SEDCO, Encik Yahyah Sidek, Pengurus Pembangunan Perniagaan dan & Pelaburan SEDCO dan Encik Helmy Sharizan Ayub, Pengurus Kewangan SEDCO dalam menyampaikan sumbangan tersebut mencerminkan komitmen dalam membantu masyarakat yang memerlukan.