Pada 19 Mac 2025, SEDCO telah menyantuni seramai 20 orang anak-anak Asnaf daripada Sekolah Kebangsaan Raya Sembulan dengan pembelian baju raya di Jakel Kota Kinabalu. Program telah diselaras oleh Kelab Rekreasi Sukan dan Sosial SEDCO (KReSS) bersama Seksyen Perhubungan Awam SEDCO.

Penyerahan baju raya disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan, Tuan Haji Azrul Haji Ahmad dan Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Puan Arnahal Yusof.