Kota Kinabalu, 18 Mac 2025 – Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan anjuran Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan di Auditorium Utama Blok A, Menara Kinabalu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Majlis ini menjadi medium untuk menghargai dan menghormati pengorbanan pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjalankan tugas mereka demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Turut hadir dalam menjayakan majlis tersebut adalah ketua-ketua jabatan, ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri.
#SEDCO #Berkhidmatdemikemajuan