Kota Kinabalu, 5 Mac – SEDCO telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama wakil media di Hotel Hyatt Regency Kinabalu sebagai tanda penghargaan atas sokongan media dalam menyebarluaskan maklumat mengenai aktiviti dan program kumpulan tersebut.
Majlis berbuka puasa dihadiri oleh seramai 10 orang wakil media yang disantuni oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Encik Haizar Razif Hisham bin Ajaz Nabijan; Timbalan Pengurus Besar, Tuan Haji Azrul Haji Ahmad dan Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Puan Arnahal Yusof. Turut hadir Pengurus Kanan SEDCO Travel & Tours Sdn. Bhd., Encik Dhani H. Dally merangkap Timbalan Presiden Kelab Sukan & Sosial Kumpulan SEDCO (KKS), wakil pegawai Kelab Rekreasi Sukan dan Sosial (KReSS) serta pegawai Perhubungan Awam SEDCO.
Dalam sesi temuramah bersama media, Encik Haizar Razif Hisham bin Ajaz Nabijan berkongsi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2025:
A) Program Rantaian Kasih Ramadan SEDCO 2025
- Solat Tarawih di Surau SEDCO Tingkat 2, Wisma SEDCO
- Tadarus Al-Quran oleh ahli-ahli BIKS
- Majlis Khatam Al-Quran
- Siri ceramah Ramadan
- Ziarah ke seluruh negeri Sabah bagi menyampaikan sumbangan kepada 15 masjid dan surau (11 – 16 Mac 2025)
- Program SEDCO Prihatin: Sumbangan keperluan asas, duit raya dan baju raya kepada golongan asnaf (17 – 19 Mac 2025)
- Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan SEDCO & Kumpulan secara berkelompok kepada MUIS
- Penyerahan kuih-muih kepada anggota keselamatan dan kesihatan (18 Mac 2025)
B) Aktiviti Kelab Sukan & Sosial Kumpulan SEDCO (KKS)
- Iftar bersama anak yatim (10 Mac 2025)
- Pesta Sukan KKS (Futsal, Dart, Boling, Ping Pong, Badminton, Bola Tampar dan Karom)
- Lawatan Amal Krismas ke rumah anak yatim
- SEDCO Golf Challenge
- Fund Raising Dinner