Kota Kinabalu, 28 Februari 2025 – Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Ceramah Ramadan telah diadakan sebagai pembuka tirai bagi Program Rantaian Kasih Ramadan SEDCO 2025 anjuran bersama Kelab Rekreasi Sukan dan Sosial (KReSS) serta Badan Islam Kumpulan SEDCO (BIKS).
Ceramah bertajuk “Marhaban Ya Ramadan” telah disampaikan oleh Ustaz Asri bin Asmat yang menekankan kepentingan persiapan rohani serta amalan terbaik sepanjang bulan mulia ini. Antara intipati ceramah ialah keutamaan memperbanyak ibadah, menjaga hubungan sesama manusia serta memanfaatkan Ramadan sebagai peluang untuk meningkatkan ketakwaan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Tuan Haji Azrul Haji Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif IIB Insurance Brokers Sdn. Bhd., Tuan Haji Tuah bin Haji Tahir; Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn. Bhd., Encik Abdul Rahim Mohd Zain; Pengurus Kanan Sedco Travel & Tours Sdn. Bhd., Encik Dhani H. Dally; serta pegawai-pegawai SEDCO dan syarikat kumpulan.
#SEDCO #KReSS #BIKS #RantaianKasihRamadan #Ramadan2025 #MarhabanYaRamadan #Silaturahim #BerkatRamadan