Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Ketua Menteri Sabah Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah telah diadakan pada 20 Februari 2025 di Sabah International Convention Center (SICC) Kota Kinabalu.
Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Kabinet Negeri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta kira-kira 7 ribu Penjawat awam Persekutuan dan Negeri Sabah.
Sudah menjadi tradisi, Perhimpunan Penjawat Awam Negeri & Persekutuan diadakan saban tahun sebagai platform untuk menyampaikan amanat Ketua Menteri, perkongsian pandangan, membuat saranan, peringatan dan teguran demi manafaat bersama juga untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.
YAB Ketua Menteri dalam pantunnya menggesa agar Penjawat Awam mengukuhkan tekad dan iltizam, menggapai hasrat dan impian ke arah menjadikan Sabah makmur, aman dan sentosa:-
Bunga Melati Mekar Berseri
Dipetik-petik Satu Persatu
Ikhlas Berbakti Kepada Negeri
Rakyat Jelata Sama Dibantu
Gelang Suasa Emas dan Perak
Hiasan Jubah Sang Dewi Puteri
Anda Adalah Jentera Penggerak
Pelaksana Dasar Majukan Negeri
Turut hadir Pengurus Besar Kumpulan, Encik Haizar R.H. Ajaz Nabijan, Pegawai SEDCO dan Subsidiari daripada Perkasa Realty Sdn Bhd, Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd, Sedcovest Holdings Sdn Bhd, Sedco Precast Sdn Bhd dan Perkasa Trading Sdn Bhd.