Majlis Amanat YB Datuk Phoong Jin Zhe,Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) bagi tahun 2025 dan majlis Apresiasi kepada warga MIDE bagi menghargai prestasi perkhidmatan kakitangan sepanjang tahun 2024 telah diadakan pada 23 Januari 2025 bertempat di Le Meridian Hotel, Kota Kinabalu.

Melalui ucapannya menyeru Agensi Kementerian agar berusaha sebaik mungkin untuk menggapai kesempurnaan dalam aktiviti pelaburan, perindustrian dan keusahawanan. Seterusnya menyeru bersama-sama berganding bahu dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh, menuju kejayaan dan menikmati bersama, membawa imej baik yang mengharumkan organisasi, sekaligus membawa kesejahteraan dan kegemilangan kepada Negeri Sabah.