“Pengiktirafan kepada pensijilan ini sudah pasti akan memperkukuhkan lagi kredibiliti dan reputasi SEDCO sebagai badan operasi yang bertanggungjawab dalam Pembangunan ekonomi negeri dan Usahawan bumiputera yang merangkumi aspek Governance, Integrity dan Anti Rasuah.
Pensijilan ini juga memberi cerminan bahawa SEDCO adalah role model kepada penyedia perkhidmatan yang benar-benar mempraktikkan dan mengaplikasikan standard system pengurusan dalaman yang disyorkan kepada pelanggan. Penganugerahan ini juga amat bermakna menjadi teras kebanggaan kepada warga SEDCO untuk mengekalkan standard kualiti penyampaian perkhidmatan dan berintegriti tinggi.”
Sedikit petikan ucapan daripada Pengerusi SEDCO, Datuk Rubin Balang sempena Majlis Pensijilan MS ISO 37001:2016 (ABMS) yang diadakan bertempat di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Kinabalu pada 23 Mac 2021 yang lalu. Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Karunanity A/L Subbiah, Timbalan Pengerusi SEDCO, Dato Seri Dr Hj Arsit bin Sedi, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir, serta seluruh warga perbadanan.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SEDCO 2019
Pada hari yang sama juga turut diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SEDCO bagi tahun 2019.
Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun
Anugerah Perkhidmatan 35 Tahun
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 (Pengurusan)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 (Pengurusan)