BERSIH, SELESA DAN CANTIK.

BERSIH, SELESA DAN CANTIK.

Program Gotong -Royong SEDCO di bawah anjuran jawatankuasa Kecantikan dan Kebersihan Pejabat dengan kerjasama Kelab Rekreasi & Sosial SEDCO Sabah (KreSS) telah diadakan pada 4 April 2019. Program yang melibatkan seluruh warga SEDCO ini disempurnakan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir. Turut kelihatan pada program tersebut Pengerusi SEDCO, Datuk Dr Richard Sakian bin Gunting. Program Gotong-Royong dilaksanakan bagi meningkatkan kebersihan, keselesaan dan keceriaan pejabat sekaligus menyediakan ruang yang kondusif bagi warga SEDCO.

Dalam pada itu, program ini juga dapat memupuk semangat kekitaan,  meningkatkan kerjasama dan sekaligus dapat menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga SEDCO.

Program ini juga menyantuni aspek-aspek 5S SEDCO iaitu :-

  • Seiri (Sort)
  • Seiton (Set In Order)
  • Sesio (Shine)
  • Seiketsu (Standardize)
  • Shitsuke (Sustain/ Self-Discipline)

Ragam sebelum gotong-royong bermula. Semangat ‘Oneness’ terserlah apabila pihak pengurusan turut turun padang bersama-sama untuk membersihkan kawasan-kawasan pejabat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Tidak mengira pangkat, Pengurus Besar Kumpulan tetap melaksanakan kerja pembersihan. ..”Respect is earn not given”..

Date

05 April 2019

Tags

Semasa