Iklan Kekosongan Jawatan di SEDCO

 SEDCO TUNAIKAN PENYERAHAN BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN 2020

SEDCO TUNAIKAN PENYERAHAN BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN 2020

 

 

 

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) melaksanakan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00 bagi tahun 2020 kepada Majlis Ugama Negeri Sabah pada hari ini.

 

 

 

Zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh YB Datuk Rubin bin Balang, Pengerusi SEDCO kepada Yang di Pertua MUIS Datuk Seri Panglima Dr. Hj Hasbullah Hj Mohd Taha dan disaksikan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas dan Ybhg Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.

 

 

 

Rombongan SEDCO juga telah dibawa melawat Pusat Rawatan Dialisis khusus untuk mereka yang berdaftar di bawah pusat zakat Sabah yang dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah melalui Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

 

Date

03 December 2019

Tags

Semasa