Iklan Kekosongan Jawatan di SEDCO

SEDCO HULUR BANTUAN KEPADA TABUNG BENCANA COVID-19 NEGERI SABAH

SEDCO HULUR BANTUAN KEPADA TABUNG BENCANA COVID-19 NEGERI SABAH

 

 

 

Dalam membantu usaha kerajaan Negeri Sabah dalam menangani penularan wabak Covid19, SEDCO turut menghulurkan bantuan khidmat masyarakatnya dengan menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Tabung Bencana Covid19 Negeri Sabah pada hari ini. Majlis penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO kepada YB Datuk Seri Penglima Hj Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Dan Menteri Kewangan II Negeri Sabah semasa sidang media perkembangan semasa Covid-19 Negeri Sabah.

 

 

 

Turut hadir pada majlis tersebut YB Datuk Seri Panglima Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Masnah Mat Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan dan Encik Suhaimi Untong, Timbalan Pengurus Besar Perancangan & Pembangunan Kumpulan SEDCO.

 

Date

18 October 2019

Tags

CSR