MAJLIS PELANCARAN CADANGAN PROJEK PEKAN HIJAU NABAWAN, PEKAN HUTAN TROPIKA SAPULUT, HAB MAKANAN ZON PEDALAMAN DAN TANAMAN KOMUNITI PAULOWNIA SERTA PENYERAHAN GERAN TANAH DAERAH NABAWAN

MAJLIS PELANCARAN CADANGAN PROJEK PEKAN HIJAU NABAWAN, PEKAN HUTAN TROPIKA SAPULUT, HAB MAKANAN ZON PEDALAMAN DAN TANAMAN KOMUNITI PAULOWNIA SERTA PENYERAHAN GERAN TANAH DAERAH NABAWAN

 

Telah berlangsung MAJLIS PELANCARAN CADANGAN PROJEK PEKAN HIJAU NABAWAN, PEKAN HUTAN TROPIKA SAPULUT, HAB MAKANAN ZON PEDALAMAN DAN TANAMAN KOMUNITI PAULOWNIA SERTA PENYERAHAN GERAN TANAH DAERAH NABAWAN, bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 22 Ogos 2020 yang lalu.

 

 

 

Cadangan projek ini adalah merupakan pelan pembangunan yang berteraskan alam sekitar bagi memajukan sektor ekonomi khususnya dalam bidang pertanian dengan konsep mengekalkan hutan tropika dan teknologi hijau di daerah Nabawan.

 

Dalam majlis yang sama juga berlangsung penyerahan geran tanah daerah Nabawan berjumlah 653 geran tanah yang melibatkan 88 buah kampung di daerah Nabawan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.

 

 

 

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut, Ybhg Datuk Dr Richard Sakian Gunting, Pengerusi SEDCO, Ybhg DSP Wilfred Madius Tangau, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Pegawai Daerah Nabawan, Pengurusan Tertinggi SEDCO, Ketua-Ketua agensi Kerajaan Negeri dan masyarakat tempatan.

 

#berkhidmatdemikemajuan

 

#nabawan

 

#SEDCO

 

 

Date

21 August 2020

Tags

Semasa