Kami Prihatin Covid-19

Kami Prihatin Covid-19

 

 

Di saat kita duduk di rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19, ada insan di luar sana yang sanggup mengambil risiko berdepan dengannya demi membantu mengawal penularan wabak yang boleh membawa maut ini.

 

Sebagai tanda prihatin terhadap para petugas barisan hadapan dan bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, SEDCO di bawah program Khidmat Masyarakat “Kami Prihatin” telah memberikan sumbangan berbuka puasa kepada 400 frontliners di Hospital Queen Elizabeth KK, Petugas di pejabat IPD Karamunsing dan petugas di sekatan jalan raya Kepayan.

 

Iftar dalam bentuk “tapau” telah disediakan oleh chef dan kakitangan Hyatt Regency Kinabalu yang juga merupakan anak syarikat Kumpulan SEDCO.

 

Pada hari yang sama sumbangan makanan berbuka puasa juga diberikan kepada 100 anak-anak Asrama Madrasah Waqaf Islamiah Sabah “Mawis”.

 

Terima kasih kepada Pengurusan SEDCO yang sentiasa menyokong program seumpama ini. Kita Jaga Kita.

 

 

Date

11 May 2020

Tags

CSR