Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO

Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO

Program Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO meneruskan jelajahnya yang terakhir pada 1 Ogos 2019 di Suria Sabah, Kota Kinabalu.Jelajah yang terakhir ini di hoskan oleh Perbadanan bersama Perkasa Realty Sdn Bhd, Kelab Sukan dan Sosial Kumpulan SEDCO serta Kelab Reakreasi dan Sosial SEDCO.

Di akhir siri jelajah ini Kumpulan SEDCO telah berjaya mengumpul sebanyak 837 pain darah dengan jumlah terakhir sebanyak 127 pain darah yang dikumpul di Kota Kinabalu.

 

 

Kempen bermula di Harbour Mall, Sandakan yang di hoskan oleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd dan berjaya mengumpul sebanyak 104 pain darah. Kempen Derma Darah seterusnya diadakan di Kompleks Darvel Bay, Lahad Datu dan di hoskan oleh Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd, Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd dan Sabah Urban Development Corporation dan mereka berjaya mengumpul sebanyak 300 pain darah. Tawau tidak kurang hebatnya apabila mendapat sambutan yang begitu menggalakkan apabila berjaya mengumpul sebanyak 306 pain darah. Kempen yang diadakan di Eastern Plaza Tawau ini di hoskan oleh Perkasa Trading Sdn Bhd dan Sabah Urban Development Corporation.

 

 

 

Pada majlis penutupan Jelajah Kempen Derma Darah ini turut diserikan dengan beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna daripada Tadika Seri Gaya, Mystery Donor, Wheel of Fortune dan Hadiah bertuah kepada penderma darah.

 

Tahniah di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kempen derma darah dijalankan pada tahun ini. Terima kasih juga kepada masyarakat yang telah menderma darah di setiap siri jelajah.

Semoga usaha murni ini akan diberkati dan kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Date

21 August 2019

Tags

CSR