Majlis Mesra Syawal Kumpulan SEDCO 2019

Majlis Mesra Syawal Kumpulan SEDCO 2019

Majlis Mesra Syawal Kumpulan SEDCO 2019 telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Ballroom, Wisma Wanita, Kota Kinabalu. Seramai lebih 1000 tetamu telah hadir berkunjung ke majlis rumah terbuka SEDCO sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini adalah merupakan acara tahunan kumpulan SEDCO yang diadakan secara bersama-sama SEDCO dan syarikat Kumpulan.

 

 

 

Majlis Mesra Syawal Kumpulan SEDCO juga lebih berseri dengan kehadiran YAB Datuk Sri Panglima Hj Mohd Shafie Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah, YB DSP Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan dan Perindustrian serta beberapa orang Menteri-Menteri Kabinet dan Pembantu-Pembantu Menteri serta ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam majlis ini juga YAB Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf serta ibu-ibu tunggal.

Date

12 July 2019

Tags

Semasa