Majlis Iftar SEDCO

Majlis Iftar SEDCO

Majlis Iftar Ramadan SEDCO turut berlangsung pada 21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadan 1440H di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Perbadanan telah menyumbang wang tunai dan barangan keperluan kepada Anak-Anak Tahfiz, miskin dan Asnaf yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YB Azhar Datuk Matussin diiringi Pengerusi SEDCO, Datuk Dr Richard Sakian Gunting dan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

 

Sumbangan berupa wang tunai turut diberikan kepada Kelab Radio Television Malaysia, Masjid Bandaraya dan juga Masjid Al-Amin Kampung Rasak Laut Tandek, Kota Marudu. Seterusnya Perbadanan turut menyumbang beras kepada Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia bagi menjayakan program dengan membantu meringankan beban keluarga miskin di Dataran Bengkoka, Pitas sepanjang bulan Ramadan.

 

Program Tazkirah ramadan turut diselitkan sementara menunggu masa untuk berbuka puasa yang telah disampaikan oleh pendakwah bebas, Datuk Abdul Manaf Lakariba.

Date

12 July 2019

Tags

Semasa