Iklan Kekosongan Jawatan di SEDCO

Selaras dengan pembangunan ekonomi, pihak SEDCO pada ketika ini sedang membangunkan Projek Taman Industri Kecil & Sederhana SEDCO, bagi membangunkan 58 unit premis industri ringan, khas untuk usahawan IKS Bumiputera, di kawasan yang mempunyai keluasan 12.40 ekar, di Telipok, Kota Kinabalu. Kos keseluruhan projek ini bernilai RM29 juta dan dana diperolehi melalui peruntukan RMK11, dari Kementerian Kewangan Persekutuan

Objektif projek ialah untuk menyediakan premis industri khas untuk usahawan IKS Bumiputera yang mempunyai kemudahan dan keperluan asas yang lengkap.

Apabila projek ini siap, dijangka pada April tahun 2020, ianya akan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah, khususnya di kawasan Pantai Barat negeri Sabah, bagi usahawan IKS Bumiputera melalui kegiatan perdagangan secara berpusat, ruang niaga untuk industri IKS, dan membantu usahawan Bumiputera yang baru menceburi bidang IKS bersaing dalam pasaran melalui kemudahan premis yang berdaya saing dari segi kos dan sewa bulanan, serta diharap ianya dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang IKS.

 
Pada ketika ini peratus fizikal kerja tapak setakat bulan Januari 2019 ialah 40%, kerja “earth work” masih berjalan serentak dengan kerja-kerja bangunan bagi keseluruhan 58 unit. Rekabentuk dan Komponen bangunan adalah menggunakan kaedah IBS dan konventional