Program ibadah korban anjuran Badan Islam Kumpulan SEDCO (BIKS) telah diadakan pada bulan Zulhijah 1442H bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidiladha 2021 di daerah Tenom.
Yang Berhormat Datuk Rubin Bin Balang, Pengerusi SEDCO turun padang bagi bagi menjayakan program berkenaan. Ibadah korban yang dijalankan kali ini diraikan dengan penuh kesederhanaan dan mempraktikkan amalan norma baharu seperti pemakaian penutup separuh muka, mengimbas suhu bagi orang awam yang datang menyaksikan.
Pihak Kumpulan SEDCO telah menyediakan tujuh ekor sapi untuk dikorbankan dan diagihkan kepada orang kampung, orang miskin dan golongan yang kurang bernasin baik.
Turut hadir menjayakan program ini Encik Yahya Sidek, Pengurus Pembangunan Perniagaan merangkap Jawatankuasa Tertinggi BIKS bersama Encik AK Azreel Abd Wahap dan Encik Riduan Rubin Pegawai BIKS. Dengan harapan Aidiladha tahun ini membawa seribu makna buat umat Islam.