SEDCO meneruskan lagi Program Ramadan bagi tahun 1442H dengan Majlis Tadarus &, Khatam Al-Quran Kumpulan SEDCO yang berlangsung di Bilik Serbaguna SEDCO pada 28 April 2021.
Ini merupakan program yang ketiga di bulan Ramadan selepas Program Tazkirah Ramadan dan Program Agihan Bubur Lambuk.
Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran ini dibimbing oleh Al Fadil Ustaz Agus Latif dan disertai oleh 37 orang staf SEDCO dan Syarikat Kumpulan. Antara syarikat Kumpulan SEDCO yang turut menyertai program ini adalah Perkasa Realty Sdn Bhd, Sedcovest Holdings Sdn Bhd, IIB Insurance Brokers Sdn Bhd dan Sabah Urban Development Corporation Sdn bhd . Setiap pembaca di majlis itu telah dihadiahkan dengan sehelai sejadah, sekotak buah kurma dan sebotol madu Al-Safia.
Turut sama menjayakan program ini adalah Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, YBhg Datuk Hj Pg Saifuddin Pg Tahir, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan dan beberapa orang Ketua Bahagian SEDCO. Majlis telah diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Agus Latif.