Program SEDCO Prihatin Ramadan 1442H telah berlangsung di Lobi Wisma SEDCO pada 23 April 2021. Program kali ini melibatkan pengagihan 700 bungkus bubur lambuk dan dua (2) sumbangan berupa wang tunai kepada Masjid Bandaraya dan Persatuan Kebajikan Warga Tua Dan Kurang Upaya Kota Kinabalu, Sabah untuk aktiviti Ramadan dan Hari Raya.
Penyerahan sumbangan dan agihan bubur lambuk telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, YBhg. Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir. Antara penerima bubur lambuk adalah penghuni Wisma SEDCO seperti Lembaga Koko Malaysia, Sedcovest Holdings Sdn Bhd, IIb Insurance Brokers Sdn Bhd, Padu Wangsa Sdn Bhd dan anak syarikat berdekatan seperti SEDCO Travel & Tours Sdn Bhd, Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd, Perkasa Realty Sdn Bhd Dan Perkasa Trading Sdn Bhd.
Bubur lambuk ini juga diagihkan kepada orang awam serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Turut sama mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam adalah kedua-dua Timbalan Pengurus Kumpulan Sedco dan Ketua-Ketua Bahagian Kumpulan SEDCO.
Salam Ikhlas
Jawatankuasa
Program SEDCO Ramadan 1442H