Kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Perindustrian telah diadakan pada 5 November 2021, pukul 10.00pagi tadi bertempat di Pejabat Menteri Pembangunan Perindustrian.
Tujuan kunjungan YBhg. Datuk Hj. Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, JP diadakan tadi adalah untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya di Perbadanan dengan memberikan cenderakenangan kepada beliau.
Turut hadir menerima kunjungan iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian. Seterusnya kunjungan hormat Pengurus Besar SEDCO diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO (Hal Ehwal Korporat & Kewangan) dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan SEDCO.