TAZKIRAH RAMADAN SEDCO 1442H yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zubair Abd Wahid bertajuk ‘Ramadan membina ketakwaan’ telah diadakan pada 16 April 2021 bertempat di Bilik Serbaguna, tingkat 3 Wisma SEDCO.
Ramadan adalah tempoh yang sangat istimewa bagi seluruh umat Islam. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.
Dalam tazkirahnya, Ustaz Zubair menekankan arti bertakwa yakni perlu bersabar dengan dugaan yang menimpa dan redha dengan ketetapan Allah swt. Di samping itu sentiasa beriktihar dengan sebaik-baiknya menghadapi ujian dari yang Maha Kuasa. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan walaupun sedikit serta akur dengan Al-Quran sebagai panduan untuk dunia dan akhirat.
Ustaz Zubair juga berkongsi dalam tazkirah nya bahawa dosa yang lebih besar adalah dosa yang diulang, dosa yang dibuat tanpa berasa malu, dosa yang di buat dengan rasa gembira dan dosa berasa sedih kerana tidak dapat berbuat dosa.
Tazkirah diakhiri dengan sepotong ayat iaitu Rasulullah SAW menyatakan ‘apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.’ (HR al-Bukhari dan Muslim).
Majlis Tazkirah Ramadan SEDCO 1442H telah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP. Tirai majlis ditutup dengan peyampaian cenderamata oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, YBhg Datuk Hj Pg Saiffudin Pg Tahir kepada Ustaz Zubair. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah kedua-dua Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Ketua-Ketua Bahagian, Staf SEDCO dan juga staf Kumpulan SEDCO bagi menjayakan program Tazkirah Ramadan SEDCO 1442H.
#RamadanSEDCO1442H
#SEDCO
#KumpulanSEDCO