Seksyen Kualiti dengan kerjasama Seksyen Latihan, SEDCO telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Pelaksanaan Pengurusan Risiko MS ISO 9001 : 2015, selama dua hari pada 23 dan 24 November 2021 bertempat di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Kinabalu.
Antara objektif kursus adalah menerangkan kaedah mengenalpasti, menilai dan menangani risiko, membangunkan daftar peluang dan menambahbaik pelan pengurusan risiko. Bengkel tersebut melibatkan semua Ketua Bahagian, Juruaudit Dalaman ISO dan pemilik proses. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Saadiah Enok, Juruperunding Utama selaku Penceramah daripada SIRIM STS SDN.BHD. kerana turut sama menjayakan bengkel ini.