• SEDCO Official Website.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO dalam pelbagai sektor ekonomi sejak 1971.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO

  • SEDCO Official Website.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah(SEDCO) dan syarikat Kumpulan telah memulakan program Khidmat Masyarakat pada tahun ini dengan tema “Serving For Community”.  Aktiviti secara kumpulan ini adalah merupakan tanda sokongan dan keperihatinan terhadap golongan masyarakat yang memerlukan.

Sebagai permulaan SEDCO dan beberapa Syarikat Kumpulan antaranya Hyatt Regency Kinabalu, Sedcovest Holding Sdn. Bhd., Perkasa Realty Sdn. Bhd., Padu Wangsa Sdn. Bhd., dan Timplas Industries Sdn. Bhd. telah bersama-sama mengadakan lawatan sempena perayaan Tahun baru Cina ke rumah warga emas Holy Home Residence, Papar pada 13 Februari 2017 yang lalu. Rumah Holy Residence Papar ini dihuni oleh lebih kurang 36 orang warga emas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Majoriti  penghuni di rumah ini adalah wanita dan berusia di antara 60 tahun hingga 104 tahun.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Encik Suhaimi Untong dalam ucapan ringkasnya menyatakan SEDCO sebagai salah sebuah badan agensi kerajaan akan sentiasa  memainkan peranan dalam pembangunan kesejahteraan hidup masyarakat. Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunan ekonomi . 

Antara pengisisan program yang diadakan sepanjang lawatan ini ialah persembahan tarian singa, pemberian ‘angpau’ dan sumbangan barangan makanan harian. Penghuni rumah warga emas tersebut juga turut dihiburkan dengan persembahan ‘buskers’ oleh kakitangan Kumpulan SEDCO dan perkhidmatan urutan kaki oleh Persatuan Orang-Orang Buta Sabah.

SEDCO telah merancang beberapa program khidmat Masyarakat yang akan diadakan sepanjang tahun 2017 dan pelaksanaan program ini juga adalah bersempena dengan sambutan Ulangtahun SEDCO yang ke-45 tahun. 

Contact Us

Traffic

Today36
Yesterday567
This week1479
This month18707
Total544979

Visitor IP : 54.205.159.168 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 30 March 2017 01:08

Who Is Online

Guests : 42 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb