• SEDCO Official Website.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO dalam pelbagai sektor ekonomi sejak 1971.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO

  • SEDCO Official Website.

Inisiatif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya merupakan satu usaha murni serta wajar dicontohi syarikat-syarikat besar dan agensi-agensi kerajaan negeri lain.

Program khidmat sosial yang dijayakan bersama PETRONAS ini diterjemahkan melalui penyerahan bantuan persekolahan kepada 150 pelajar sekolah rendah dari 25 buah sekolah pedalaman sekitar Sipitang.

Penyerahan bantuan persekolahan berupa pakaian dan kasut ini memberi makna besar kepada pelajar dan ibubapa yang majoritinya terdiri dari keluarga kurang berkemampuan.

 

Majlis penyampaian bantuan persekolahan ini disempurnakan Pengerusi SEDCO, YB Dato' Sri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Berucap dalam majlis amal ini, Dato' Sri Hj. Nasir berkata, selain bukti keprihatinan SEDCO dan PETRONAS dalam membantu meringankan beban hidup pelajar terbabit, program ini juga merupakan pendekatan SEDCO dan PETRONAS dalam mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini yang memerlukan di peringkat akar umbi.

Tegas beliau, ia bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memperkasa pembangunan pendidikan di seluruh negara sekaligus merapatkan jurang pendidikan antara pelajar di bandar dan luar termasuk di Sabah.

Program anjuran SEDCO dan PETRONAS dengan kerjasama Pejabat Daerah Sipitang ini turut dihadiri YB Datuk Hj Ahmad Hj Bujang,ADUN N28 Sindumin,Tuan Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Tuan Hj Mohd Iskandar Bakeri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMUR serta Pegawai Daerah Sipitang, Latip Hj Amat.

Contact Us

Traffic

Today106
Yesterday684
This week2237
This month790
Total527062

Visitor IP : 54.158.100.26 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 02 March 2017 03:54

Who Is Online

Guests : 9 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb