• SEDCO Official Website.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO dalam pelbagai sektor ekonomi sejak 1971.

  • Karlan ini adalah rangkuman aktiviti Kumpulan SEDCO

  • SEDCO Official Website.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah(SEDCO) dan syarikat Kumpulan telah memulakan program Khidmat Masyarakat pada tahun ini dengan tema “Serving For Community”.  Aktiviti secara kumpulan ini adalah merupakan tanda sokongan dan keperihatinan terhadap golongan masyarakat yang memerlukan.

Sebagai permulaan SEDCO dan beberapa Syarikat Kumpulan antaranya Hyatt Regency Kinabalu, Sedcovest Holding Sdn. Bhd., Perkasa Realty Sdn. Bhd., Padu Wangsa Sdn. Bhd., dan Timplas Industries Sdn. Bhd. telah bersama-sama mengadakan lawatan sempena perayaan Tahun baru Cina ke rumah warga emas Holy Home Residence, Papar pada 13 Februari 2017 yang lalu. Rumah Holy Residence Papar ini dihuni oleh lebih kurang 36 orang warga emas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Majoriti  penghuni di rumah ini adalah wanita dan berusia di antara 60 tahun hingga 104 tahun.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Encik Suhaimi Untong dalam ucapan ringkasnya menyatakan SEDCO sebagai salah sebuah badan agensi kerajaan akan sentiasa  memainkan peranan dalam pembangunan kesejahteraan hidup masyarakat. Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunan ekonomi . 

Antara pengisisan program yang diadakan sepanjang lawatan ini ialah persembahan tarian singa, pemberian ‘angpau’ dan sumbangan barangan makanan harian. Penghuni rumah warga emas tersebut juga turut dihiburkan dengan persembahan ‘buskers’ oleh kakitangan Kumpulan SEDCO dan perkhidmatan urutan kaki oleh Persatuan Orang-Orang Buta Sabah.

SEDCO telah merancang beberapa program khidmat Masyarakat yang akan diadakan sepanjang tahun 2017 dan pelaksanaan program ini juga adalah bersempena dengan sambutan Ulangtahun SEDCO yang ke-45 tahun. 

DISCLAIMER 

 

Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) would like to make a disclaimer on the implementation of several projects that are being spread by certain parties with SEDCO name. Among the projects in are:

1.Rumah Mampu Milik Rakyat 1 Sabah & Associated Electrical Works at Papar, Sabah

2.Rumah Mampu Milik Rakyat 1 Sabah & Associated Electrical Works at Kudat, Sabah

3.Proposed Design, Construction and Completion of Health Park Complex on land owned Sedco 5 acres in Tg. Aru, Kota Kinabalu 

In this regard, any person/s or companies are advised not to be associated with any parties who use the SEDCO name for any project/s that have no approval from the SEDCO Management. 

SEDCO will not be responsible for any consequences incurred by any person/s or companies dealing with any parties other than SEDCO Management. Projects undertaken by SEDCO must go through the assessment as well as certification and approval of the Management Board and the State Government.

All parties or companies concerned are asked to refer to the Business Development Division SEDCO advance for confirmation and validity of any projects planned or being carried out by the SEDCO.


 

PENAFIAN

 

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) ingin membuat penafian mengenai pelaksanaan beberapa projek yang sedang disebarkan oleh pihak-pihak yang tertentu dengan menggunakan nama SEDCO sebagai pemilik projek. Antara projek yang dimaksudkan ialah:-

1.Rumah Mampu Milik Rakyat 1 Sabah & Associated Electrical Works at Papar, Sabah

2.Rumah Mampu Milik Rakyat 1 Sabah & Associated Electrical Works at Kudat, Sabah

3.Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kompleks Taman Kesihatan di atas tanah milik SEDCO seluaS 5 ekar di Tg. Aru, Kota Kinabalu

Sehubungan ini, SEDCO menasihatkan kepada mana-mana pihak atau syarikat   agar tidak mempercayai mana-mana pihak atau syarikat yang  menggunakan nama SEDCO tanpa membuat pemeriksaan dan pengesahan mengenai sebarang projek dengan pihak SEDCO.

Pihak SEDCO tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang akibat yang ditanggung oleh mana-mana pihak atau syarikat yang berurusan dengan pihak lain selain daripada Pengurusan SEDCO. Projek-projek  yang dilaksanakan oleh SEDCO perlu melalui tapisan dan kajian serta  perakuan pihak Pengurusan dan kelulusan Lembaga Pengarah dan Kerajaan Negeri.

Semua pihak atau syarikat yang berkenaan adalah diminta untuk merujuk kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan SEDCO terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan tentang mana-mana projek yang dalam perancangan atau sedang dijalankan oleh pihak SEDCO.

 

 

 

 

Inisiatif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya merupakan satu usaha murni serta wajar dicontohi syarikat-syarikat besar dan agensi-agensi kerajaan negeri lain.

Program khidmat sosial yang dijayakan bersama PETRONAS ini diterjemahkan melalui penyerahan bantuan persekolahan kepada 150 pelajar sekolah rendah dari 25 buah sekolah pedalaman sekitar Sipitang.

Penyerahan bantuan persekolahan berupa pakaian dan kasut ini memberi makna besar kepada pelajar dan ibubapa yang majoritinya terdiri dari keluarga kurang berkemampuan.

 

Majlis penyampaian bantuan persekolahan ini disempurnakan Pengerusi SEDCO, YB Dato' Sri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Berucap dalam majlis amal ini, Dato' Sri Hj. Nasir berkata, selain bukti keprihatinan SEDCO dan PETRONAS dalam membantu meringankan beban hidup pelajar terbabit, program ini juga merupakan pendekatan SEDCO dan PETRONAS dalam mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini yang memerlukan di peringkat akar umbi.

Tegas beliau, ia bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memperkasa pembangunan pendidikan di seluruh negara sekaligus merapatkan jurang pendidikan antara pelajar di bandar dan luar termasuk di Sabah.

Program anjuran SEDCO dan PETRONAS dengan kerjasama Pejabat Daerah Sipitang ini turut dihadiri YB Datuk Hj Ahmad Hj Bujang,ADUN N28 Sindumin,Tuan Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Tuan Hj Mohd Iskandar Bakeri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMUR serta Pegawai Daerah Sipitang, Latip Hj Amat.

Mesyuarat khas Pegawai Pengiring (LO) Sukan Gemaputera ke-XIV 2016 Sabah pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Wisma SEDCO yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Pengurus Besar Kumpualan SEDCO.

Contact Us

Traffic

Today106
Yesterday684
This week2237
This month790
Total527062

Visitor IP : 54.158.100.26 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 02 March 2017 03:54

Who Is Online

Guests : 12 guests online Members : No members online
Powered by CoalaWeb