Ucapan Perasmian daripada Encik Azrul Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO (Hal Ehwal Korporat dan Kewangan)

Majlis Pelancaran dan Taklimat MS ISO 37001: 2016 Anti Bribery Management System (ABMS) telah diadakan pada 23 April 2019 bertempat di Residence, Hyatt Regency Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Azrul Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO (Hal Ehwal Korporat dan Kewangan). SEDCO merupakan agensi pertama di negeri Sabah yang melaksanakan standard ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk mencegah sebarang aktiviti rasuah, penyelewengan dan salahguna  kuasa dan khususnya yang melibatkan rasuah.

Turut hadir di majlis pelancaran ini tadi ialah Ybhg Dato Sazali Salbi, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Hjh Zaleha Rose Hj Pandin, Peguam Besar Negeri, Pengurusan SEDCO, Pegawai-Pegawai SPRM dan SEDCO.

Simbol ‘Poingkaa’ untuk banteras pelanggaran Integriti dengan melaksanakan ABMS. SEDCO BOLEH!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *