‘Exit Conference’ Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) Berasaskan Risiko SEDCO Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada 21 Mac 2019 bertempat di BOD Room, tingkat 10, Wisma SEDCO dan telah dipengerusikan oleh Pengarah Audit Negara, Negeri Sabah, Puan Fatimah Ramuji.

Turut hadir ialah wakil daripada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Encik Jinilis Ebol dan wakil daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah (Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan) Encik Zulkarnain bin Zainal. SEDCO diwakili oleh Pengurus Besar Kumpulan, Datuk Hj Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Bahagian Kewangan dan Hal Ehwal Korporat) Encik Azrul Ahmad, Pengurus Kewangan Kumpulan, Encik Ahmid Idris, Pengurus Audit Dalam Kumpulan, Encik Justin Sugiak, Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Encik Sarudin Ahmat dan pegawai-pegawai kanan SEDCO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *