Kejadian bencana kebakaran rumah yang menimpa penduduk Kampung Pasir Putih Putatan baru-baru ini telah menarik perhatian SEDCO untuk menyumbang kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Seramai 315 penghuni daripada 77 keluarga telah terlibat dalam bencana itu yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Putatan.

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Ybhg Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir menyampaikan sumbangan berupa Baucer pembelian barangan runcit bernilai RM200.00 dan juga barangan asas keperluan harian kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Petagas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *