BEKERJA DENGAN LEBIH KOMITED DAN BERPRESTASI TINGGI

Amanat Khas Pengurus Besar Kumpulan SEDCO untuk tahun 2019

Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Ybhg Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir telah mengadakan perjumpaan tahun baru bersama-sama lebih 100 orang kakitangan SEDCO bersempena Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 8 Januari 2019.

Dalam perhimpunan tersebut beliau telah memberikan beberapa amanat penting untuk tahun 2019. Antaranya kakitangan SEDCO digesa untuk mempertingkatkan disiplin dan komited dalam kerja seharian serta jangan berlengah dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Ini adalah selaras dengan nilai teras SEDCO yang pertama iaitu SWIFT- SEGERA dalam melaksanakan setiap pekerjaan dan tindakan. Perubahan atau lonjakan paradigm yang baik perlu ada dalam amalan budaya korporat.

Warga SEDCO adalah merupakan penjawat awam dan tidak seharusnya memihak kepada mana-mana parti politik walau bagimanpun sokongan dan perkhidmatan adalah untuk kerajaan yang sedia ada. Seperti juga kerajaan baru, pimpinan baru SEDCO mahu melihat budaya korporat yang lebih mantap dilaksanakan dan mempertingkatkan lagi kualiti kerja. Kerajaan sekarang akan sentiasa memberikan sokongan terhadap apa juga projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh SEDCO selagi ianya dirancang dengan baik, tadbir urus yang baik dan berintegriti.

Warga SEDCO juga digesa untuk meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti agar pulangan yang lebih tinggi dapat diperolehi. Di akhir ucapan beliau  berharap agar 2019 akan membawa satu lagi kemajuan dalam organisasi serta memberikan impak yang lebih positif demi meraih kejayaan yang boleh dinikmati bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *