Tak kenal maka tak cinta, itulah ayat sinonim yang sering digunakan bagi menyampaikan maksud perkenalan dalam sesebuah hubungan. Namun dalam konteks pekerjaan, mengenali sesebuah syarikat itu akan lebih memaknakan lagi perancangan kerja yang bakal dilaksanakan. Tidak banyak membuang waktu, selepas pelantikan sebagai Pengerusi SEDCO dan Timbalan Pengerusi, Datuk Richard S Gunting dan Timbalannya Tn Hj Pengiran Mohamad Yusof bin Pengiran Abdul Razak memulakan langkah awal dengan membuat lawatan ke Syarikat Kumpulan SEDCO di sekitar Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah.

Lawatan ke Syarikat Kumpulan SEDCO yang terdiri daripada Perkasa Realty Sdn Bhd, Perkasa Hotel Holdings Sdn Bhd, Hyatt Regency Kinabalu, Perkasa Trading Sdn Bhd, Sedcovest Holdings Sdn Bhd, Nippon Paint (Sabah) Sdn Bhd, SEDCO Communications Sdn Bhd, Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd, Steel Industries (Sabah) Sdn Bhd, Timplas Industries (M) Sdn Bhd, SEDCO Precast Sdn Bhd dan Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd ini bermula pada 5 November dan berakhir pada 27 November 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *