Antara aktiviti-aktiviti kumpulan SEDCO yang telah berjalan pada bulan April 2018:

1. Kempen derma darah SIS dengan kerjasama KKM

Kempen derma darah telah diadakan pada 21/3/2018 (9am – 2.30pm) di lobi SIS. Kempen Derma Darah ini akan dilaksanakan setiap 6 bulan sekali bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada para pekerja untuk menderma darah dan juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi masyarakat yang layak menderma.

2. Pertandingan Futsal Tertutup SIS

Pertandingan telah diadakan pada 8/4/2018 di City Futsal, Kg. Rampaian Menggatal. Sebanyak 4 kumpulan yang diwakili oleh para pekerja telah bertanding dalam pertandingan berformat liga. Keputusan pertandingan futsal tertutup 2018 dimenangi oleh team Vateran FC, tempat kedua PSFC, ketiga Mekanik FC dan keempat Tambadau FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *