Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bersama-sama beberapa syarikat Kumpulan telah melaksanakan pembayaran zakat perniagaan secara bekelompok berjumlah RM333,000.00 bagi tahun 2017 kepada pusat zakat negeri Sabah.

Zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO  kepada YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah dan di saksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu.

Bayaran zakat berkelompok yang pertama kali diadakan oleh Kumpulan SEDCO pada kali ini adalah merupakan permulaan yang baik untuk tahun 2018. Antara syarikat Kumpulan yang terlibat dalam majlis bayaran zakat perniagaan ini ialah:

  1. Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd – RM100,000.00
  2. Perkasa Realty Sdn Bhd – RM 15,000.00
  3. IIB Insurance Broker Sdn Bhd – RM 18,000.00
  4. SEDCO – RM 200,000.00

Majlis penyerahan zakat turut dihadiri oleh YB Datuk Samsudin Yahya, Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd, Pengurusan SEDCO dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *